Monday 11 July 2011

Mutiara Kata

Indah bahasa disusun dengan santun agar semua pembaca dapat menghayati setiap barisnya dengan jiwa dan mengaplikasikan dalam kehidupan harian dengan tingkahlaku yang baik bersandarkan ketajaman fikiran dan keikhlasan hati......

"Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah" (Hadis Riwayat Muslim)



Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi saw bersabda : "Perempuan itu dikahwini kerana 4 perkara,iaitu kerana hartanya,keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya,maka pilihlah kerana agamanya kelak engkau akan bahagia" (Hadis Riwayat Muttafaqun Alaih)


"Mana-mana perempuan yang melakukan sembahyang 5 waktu,berpuasa dibulan ramadhan,menjaga kehormatannya dari yang haram dan mentaati suami,maka masuklah ia kesyurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki" (Hadis Riwayat Ahmad)


"Sekiranya aku ini manusia yang boleh memerintahkan mana-mana manusia untuk sujud kepada manusia lain,maka aku akan menyuruh para isteri sujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami yang dianugerahkan Allah atas mereka" (Hadis Riwayat At-Tirmizi)


"Orang mukmin yang sempurna imannya adalah yang paling baik budi pekertinya dan lemah lembut dengan keluarganya,dan sebaik-baik kamu ialah yang baik kepada isterinya" (Hadis Riwayat At-Tizmizi)


Dari Abu Hurairah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu,akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu" (Hadis Sahih Riwayat Muslim)


"Tidak akan masuk syurga orang yang didalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah" (Hadis Riwayat Muslim)


"Carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati besok pagi" (Hadis Riwayat Ibnu Asahin)


"Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian,kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta nasehat menasehati di atas kebenaran dan kesabaran" (surah Al-Asr Ayat : 1-3)


"Sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhirat kerana dunianya dan tidak meniggalkan dunia kerana akhiratnya" (Hadis Riwayat Al-Khatib)


"Gunakanlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara iaitu masa muda sebelum tua,sihat sebelum sakit,kaya sebelum miskin,lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati" (Hadis Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)


"Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang dapat menghapus segala keniknatan hidup,iaitu MATI" (Hadis Sahih Riwayat Tirmidzi,Nasaai,Ibnu Majah & Ibnu Nu'aim)

Aktiviti Sekolah

Kejohanan Olahraga dan Balapan Kali ke-10 SK Taman Ria, Padang Serai telah diadakan pada 27 JUN 2011. Sambutan Kejohanan kali ini telah dimeriahkan dengan kehadiran Pegawai Pendidikan Daerah Kulim Bandar Bharu, Jawatankuasa PIBG, waris,penduduk setempat dan murid-murid. Kemeriahan kejohanan kali ini juga merupakan hadiah kepada kepada Tuan Guru Besar En. Mohamad B. Md Piah yang akan bersara pada bulan Ogos. Terima kasih kepada semua guru dan murid yang menjayakan Kejohanan Olahraga dan Balapan Kaki Ke-10 SK Taman Ria.



Acara perbarisan .Rumah AKHDOR  bertemakan hijau dan ninja turtle sebagai maskot.

 

 Rumah AZROQ  atau rumah biru menjemput Doraemon menyertai perbarisan



 Dari sudut belakang....

 

Guru-guru melepaskan bom asap yang bewarna-warni sebagai gimik perasmian kejohanan。


KEM INTEGRASI 2011



 



  






Wednesday 29 June 2011

BAGAIMANA KANAK-KANAK BELAJAR MATEMATIK?

http://www.my-rummy.com/Kanak-kanak_belajar_matematik.html
Artikel ini menerangkan secara ringkas mengenai perkembangan pembelajaran matematik dalam kalangan kanak-kanak menerusi beberapa teori yang diketengahkan  oleh pakar-pakar pembelajaran antaranya ialah Teori Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes. Seterusnya, para pembaca akan diperkenalkan dengan satu teori yang dikenali sebagai teori Konstruktisvisme - teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman pelajar.
Artikel ini amat baik untuk diteliti oleh para guru dan sesiapa juga yang berminat untuk mengetahui sedikit sebanyak mengenai psikologi kanak-kanak dalam pembelajaran matematik. Adalah diharapkan, artikel ini memberi anda idea bagaimana untuk menjadikan pembelajaran matematik itu seronok, mencabar, bermakna dan berguna!

Sunday 12 June 2011

Cara ingat formula matematik guna lagu

Selamat Kembali ke Sekolah.


Hari ini, seronok saya  melihat gelagat murid-murid dan rakan sejawat yang masing-masing sibuk mengatur semula rutin yang ditinggalkan selama 2 minggu. Kedai buku dikerumuni oleh murid-murid yang ingin membeli alat tulis (mungkin sudah hilang ). Manakala cikgu-cikgu pula sibuk memasukkan markah Peperiksaan Pertengahan Tahun di bilik komputer. Macam-macam cerita di hari pertama selepas cuti.....Apapun didoakan segalanya berjalan lancar sebagaimana yang telah kita rancangkan....Insyaallah...